Pages

Thursday 27 October 2011

KEWAJIPAN SEORANG MUSLIM


KEWAJIPAN SEORANG MUSLIM

1.Membaca Al-Quran
‘Al-Quran ini adalah sajian Allah,Oleh itu terimalah sajiannya sekadar yang kamu mampu
 boleh” - 1 hari/ 1 juzuk
4ms/s setiap kali selepas solat fardhu(4x5=20m/s)
-peruntukkan hari2 lapan untuk khatam

2.memperelokkan bacaan Al-Quran
Maka tidaklah mereka mghayati (bertadabbur) Al-quran
Surah al-Nisa’ 4: 82
-bincang dalam halaqah
-ajar masyarakat selepas maghrib.



3.Menjaga kesihatan
-trdapat petunjuk dari sirah nabi
-minum air masak
2 gelas selepas subuh
2 gelas selepas zohor
2 gelas selepas asar
2 gelas pada waktu malam


4. Mengurangkan pengambilan gula dan jauhi ketagihan rokok
Mngambil kopi secara berlebihan myebabkan seseorang itu lemah apabila dihentikan pengambilan -Jadi Minum susu+ madu
-abaikan rokok

 5.menjaga kebersihan
“ Allah itu cantik, sukakan kecantikan”
Riwayat Muslim & tirmizi
-Membersih setiap hari samaada pakaian,tubuh badan,dll



6. Bersedia , berani memikul tanggungjawab.semulia-mulia keberanian:
Berterang-terangan dalam Al-Haq,
simpan rahsia,muhasabah diri,dan sentiasa mengawal marah.
“Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku”
Surah Yusof ,12: 86
-sentiasa beristighfar setiap hari.terutama selepas solat
-sentiasa mnjaga wudhu’
-mnjaga amalan ibadah setiap hari


DipetiK dari nota halaqah cinta keluarga,
bingkisan Fatimah Syarha Mohd Nordin,
PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL 

Doa WaHDaH

DOA WAHDAH

لا إله إلاّ الله

إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

لا إله إلاّ الله

و لا نعبد إلاّ إيّاه

مخلصين له الدين

و لو كره المشركون

لا إله إلاّ الله

ربّنا و ربّ آبائنا الأوّلين

لا إله إلاّ الله

وحده وحده وحده

أنجز وعده

ونصر عبده

وأعزّ جنده

وهزم الأحزاب وحده

فله المُلكُ و لهُ الحمد

يحيي و يميت

و يميت و يحيي

و هو حيٌّ لا يموت

بيده الخير

و هو على كلّ شيءٍ قدير

الله أكـــبر

Tiada Tuhan yang disembah selain ALlah
Tuhan yang Maha Esa
dan kami berserah kepadaNya
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
kami tidak menyerah selain kepadaNya
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
walaupun dibenci oleh org musyrik
Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami
yang terdahulu

Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janjiNya
Dia telah memenangkan hambaNya
Dia telah memuliakan tenteraNya
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan
Bagi ALlah segala kerajaan,bagi segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
ALLAH MAHA BESAR

Kerajaan Umayyah


Kerajaan Umayyah ( T. 40-132H/ 660-730M)


Tahun 41 hijrah menyaksikan norma baru dalam dunia Islam bilamana tampuk pemerintahan dimonopoli oleh keluarga Umawiyah setelah terlepas dari Khalifah Islam terakhir,Saidina Ali radiallahuanhu. Namun,jangkamasa pembinaan suatu kerajaan agung Islam tidak mengambil masa sehari dua,bahkan strategi yang kemas dan tersusun menjadi aset utama jatuh bangunnya sesebuah daulah.Dalam masa yang sama,perselisihan yang timbul dalam proses berbaiah telah menjadi barah kepada kesatuan umat Islam sehingga wujudnya puak Khawarij,Zubariyin dan Syiah.Kredebiliti Muawiyah tercabar dek fenomena yang berlaku sehingga menjadikan beliau lebih matang dalam bertindak dan merancang.
Buktinya,zaman pemerintahan Khulafak Umawiyah dianggap zaman keemasan kerana pada masa ini setiap jawatan dari pekerja,wali sehinggalah khalifah dikuasai oleh para bangsa Arab tulen sepenuhnya tanpa campurtangan bangsa lain.Zaman ini juga merupakan titik tolak perluasan empayar Islam ke segenap ceruk dunia iaitu dari barat China hingga Andalus dan dari selatan Parsi hingga ke barat.Agenda penterjemahan juga memberikan sumbangan yang cukup besar pada era Daulah Umawiyah kesan percampuran dan interaksi dengan beberapa tamadun lain.Khulafak Umawiyah juga mula menjalinkan hubungan diplomasi dengan empayar Brizantin Rom.
Nama Umayyah diambil bersempena dengan nama moyang Muawiyah, iaitu Muawiyah bin Abu Sufian bin Harb bin Umayyah bin Abdu syam bin Abdu Manaf, salah seorang daripada pembesar Quraisy yang dihormati pada zaman Jahiliyyah. Umayyah dan bapa saudaranya Hasyim bin Abdu Manaf sentiasa berlakunya pertarungan merebut pangkat dan kedudukan, tetapi Umayyah mempunyai  kedudukan yang lebih terpengaruh daripada Hasyim bin Abdu Manaf, kerana Umayyah sarat mempunyai syarat-syarat yang cukup untuk menjadi tokoh aging pada zaman itu. Dia mempunyai harta dan kekayaan, mempunyai sepuluh orang putera yang handal dan bijaksana. ( Dusuki Ahmad , 1980 : 197 )
Apabila lahirnya agama Islam perhubungan di antara anak-anak keturunan Bani Hasyim bertambah tegang  dan terputus, kerana pendirian keturunan Bani Umayyah menentang seruan Rasulullah yang kebetulannya berasal dari keturunan Bani Hasyim, manakala pendirian Bani Hasyim pula sentiasa mengawasi dan menjaga keselamatan Rasulullah dan pengikut-pengikutnya.
Kebanyakan kaum Bani Umayyah ini terdesak memeluk agama Islam, apabila Rasulullah dan para pengikutnya menawan kembali kota Mekah. Sebelum itu, mereka adlah musuh Islam yang sengit sekali kepada perjuangan Rasulullah. Dengan ini jelaslah bahawa mereka adalah golongan  yang terkemudian yang memeluk agama Islam. Tetapi , setelah mereka berada dalam agama Islam, mereka telah menunujukkan keberanian dan semangat yang luar biasa seolah-olah untuk memperimbangkan perbuatan mereka yang lalu dan untuk melupakan pandangan orang ramai tentang permusuhan merek akepada Rasulullah. Mereka telah menunjukkan keberanian dalam memerangi orang murtad dan orang yang mengaku sebagai nabi. Begitu juga dalam peperangan menghadapi musuh dari luar Semenanjug Tanah Arab. Abu Sufian sendiri, iaitu bapa kepada Muawiyah, sesudah memeluk agama Islam terus berjuang bermati-matian bersama Rasulullah dalam pelbagai pertempuran, sehingga sebelah matanya hilang dan sebelah mata lagi juga hilang dalam peperangan Yarmuk ketika turut berperang dibawah pimpinan anaknya yang bernama Yazid bin Abu Sufian.
            Ada sesetengah ahli sejarah yang berpendapat bahawa bibit-bibit pembentukan kerajaan Umayyah ialah sejak Sayyidina Umar dilantik menjadi khalifah, kerana sejak itu lagi golongan Umayyah telah mula melengkapkan diri mereka dengan menyediakan negeri syam sebagai tapak masa depan politik mereka. Pernah diriwayatkan bahawa apabila Muawiyah dilantik sebagai gabenor negeri Syam oleh Khalifah Umar, beliau terus menemui ayahnya Abu Sufian, lantas ayahnya berpesan, “ Anakku mereka orang Muhajirin lebih awal masuk Islam, kita adalah orang yang terkemudian. Hal ini menyebabkan mereka lebih tinggi dari kita dan kita telah ketinggalan oleh kelewatan kita sendiri. Semuanya ini memaksa kita untuk menjadi pengikutnya sahaja dan mereka menjadi pemimpin. Walau bagaimanapun mereka ini menganugerahkan kepada kamu suatu yang amat berharga sebagai amanah untukmu. Kerana itu jangan engkau menentang segala perintah yang telah dikeluarkan, kerana engkau sedang menuju kepada satu matlamat yang tidak akan kau sampai. Tetapi sekiranya engkau sampai nescaya engkau bernafas semula”.
            Nasihat yang berharga ini dipatuhi oleh Muawiyah. Dia menjalankan tugasnya tugasnya sebagai gabenor negeri Syam dengan baik. Walau bagaimanapun waktu beliau dipecat daripada jawatan gabaenor oleh Khalifah Ali selepas berlakunyapembunuhan Othman, ia telah melakukan suatu penentangan hingga berlaku fitnah dan perundingan Tahkim yang membawa akibat kepada terbunuhnya Khalifah Ali sendiri dan tertegaknya kerajaan Bani Umayyah.
            Bani Umayyah mempunyai dua keturunan. Keturunan Harb bin Umayyah dan keturunan Abu Al-‘As bin Umayyah. Kebanyakan khalifah datang daripada yang kedua. Keturunan pertama yang menjadi khalifah hanya Muawiyah, Yazid anak Muawiyah dan Muawiyah yang kedua, cucu kepada Muawiyah yang pertama. Kerana keadaan yang tertentu maka jatuhlah keturunan Harb dan diganti oleh keturunan Abu Al-‘As. Khalifah yang memerintah kerajaan ini semuanya seramai empat belas orang memakan masa selama 91 tahun lebih.
            Zaman kelahiran kerajaan Umayyah ini bermula dengan:
1.      Muawiyah bin Abu Sufian
2.      Yazid bin Muawiyah
3.      Muawiyah bin Yazid
4.      Marwan bin Al-Hakam
5.      Abdul Malik bin Marwan

Zaman kemajuan dan pembangunan pula terdapat beberapa orang khalifah, iaitu :
1.      Al-Walid bin Abdul Malik
2.      Sulaiman bin Abdul Malik
3.      Umar bin Abdul Aziz
4.      Yazid bin Abdul Malik

Zaman kejatuhan pula terdapat beberapa orang khalifah iaitu:
1.      Hisyam bin Abdul Malik
2.      Al-Walid bin Yazid
3.      Yazid bin Al-Walid
4.      Ibrahim bin Al-Walid
5.      Marwan bin Muhammad


Zaman permulaan pemerintahan khalifah-khalifah Bani Umayyah yang dimulai dengan Khalifah Muawiyah hingga kepada pemerintahan Abdul Malik adalah merupakan zaman kelahiran dan kegiatan kearah  penyatuan Islam dan penyelesaian dalam negeri. Dalam jangka masa 45 tahun yang pertama ini tidak banyak terdapat perubahan kemajuan yang boleh dibanggakan selain daripada zaman Muawiyah sahaja, kerana khalifah-khalifah di waktu itu dan pembantu-pembantunya sibuk dengan masalah pemberontakan dalam negeri yang dilakukan oleh pihak Syiah, Khawarij dan pemberontak yang lain.

Perubahan Yang Dilakukan Oleh Muawiyah

1.      Perubahan  Pusat Pentadbiran Dari Mekah Ke Damsyik
Perubahan pusat pentadbiran tidaklah menimbulkan kesan yang besar dikalangan rakyat dan tradisi paa ketika itu. Muawiyah terpaksa melakukan demikian kerana pengaruh dan pengikutnya ramai di Damsyik. Tambahan pula, kota tersebut subur dan berada di tengah jalan perdagangan. Tetapi perubahan di dalam cara melantik khalifah dan timbulnya semangat keduniaan yang terbuka telah menimbulkan reaksi yang kurang baik dikalangan sesetengah golongan rakyat.

2.      Perubahan Dalam Sistem Pengkhalifahan
Muawiyah merupakan  pencetus yang telah menggagaskan sistem monarki dalam pemerintahan negara Islam apabila membaiah anak beliau sendiri iaitu Yazid bin Muawiyah sebagai pewaris tahta khalifah.Strategi beliau ini meskipun agak berat sebelah namun telah menutup ruang-ruang perselisihan dan bantahan dari segenap pemimpin tertinggi lain dalam menguasai Daulah Umawiyah.

Muawiyah telah melenyapkan sistem secara demokrasi dan telah memperkenalkan sistem monarki yang diambil dalam kerajaan di negeri-negeri China, India, Byzantine, Parsi dan lain-lain.

3.      Wujud Semangat Cintakan Keduniaan Dalam Pentadbiran
 Muawiyah mengutamakan kehidupan secara material yang begitu besar di dalam dan luar istananya. Peraturan  dalam istana khalifah dibuat dengan alat kebesaran yang mengagumkan. Susunan pembesar-pembesar dan pegawai-pegawai dilakukan mengikit cara indah. Waktu Muawiyah berangkat ke masjid terutamanya ketika menunaikan fardhu Jumaat telah diiringi oleh pengawal-pengawal yang lengkap dan peralatan yang mengagumkan.

Muawiyah juga mengutamakan dasar pengambilan darah keturunan Arab. Secara beransur-ansur beliau telah melantik pegawai-pegawai dan pembesar-pembesar daripada mereka yang berdarah Arab, khususnya daripada mereka yang berketurunan Umayyah.


 Peristiwa Karbala

                   Pengaruh Muawiyah telah dapat menawan  hati orang Islam terutamanya penduduk Iraq dan Syam. Tetapi ada juga beberapa golongan yang menentang cara Muawiyah itu, utamanya penduduk Kufah dan Hijjaz. Penduduk Kufah mahu supaya Husein bin Ali dilantik sebagai Khalifah dan penduduk Hijaz pula mahukan Abdullah bin Zubair. Mereka ini berpendapat bahwa perlantikan Yazid bin Muawiyah itu bukanlah hanya mengubah undang-undang khalifah yang diamalkan pada zaman Khulafa’ Rasyidin, tetapi bertentangan dengan perjanjian yang dibuat antaranya dengan Hasan bin Ali di waktu penyerahan kuasa Khalifah dahulu.
            Sebaik sahaja Yazid ditabalkan menjadi Khalifah setelah ayahandanya wafat di Damsyik, beliau terus menulis surat kepada gabenornya Al-Walid bin Utbah di Madinah meminta taat setia daripada Husein dan penyokong-penyokongnya. Orang Madinah terpaksa mematuhi arahan tersebut, akan tetapi saidina Husein  adik kepada Saidina Hassan enggan berbuat kemudian. Lantas beliau dan keluarganya pindah ke Mekah. Di Mekah beliau menerima surat daripada penyokong-penyokongnya di Kufah menjemput pindah ke sana untuk dilantik menjadi khalifah.
            Lantas beliau dan keluarga, serta lapan puluh orang pengikutnya terus berhijrah ke Kufah tanpa mengendah larangaan dan nasihatnasihat daripada cerdik pandai di Mekah tentang kemungkinan-kemungkinan bahaya yang akan menimpa dirinya.
            Apabila berita tentang kedudukan Kufah yang semakin genting , maka Khalifah Yazid memecat Gabenor Kufah, Mukmin bin Basyir, kemudian dicantum dengan Basrah dibawah Gabenor Ubaidillah bin Zaid. Ubaidullah bin Zaid . Ubaidullah terus memerintah angkatan tenteranya supaya segenap jalan menuju ke Kufah mesti dijaga dan diawasi . waktu rombongan Saiiyyidina Husein sampai Di Karbala , mereka bertempur dengan tentera Ubaidullah bin Zaid , iaitu pada 10 Muharam tahun 61 Hijrah. Kesudahannya pengikut Hussin menerima kekalahan dan Husein gugur dalam pertempuran itu.

Pembangunan Dan Perkembangan Kebudayaaan

Zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah merupakan lambang baru bagi pemerintahan kerajaan Umayyah yang dianggap standing dengan kebesaran dan kemegahan pemerintahan Islam di zaman pemerintahan Khulafa’ Rasyidin Abu Bakar dan Umar. Beliau terkenal dengan sifat tawadhuk dan berperibadi luhur.

Majlis tertinggi pemerintahan di zaman ini adalah terdiri daripada ketua-ketua jabatan yang mana pada masa ini dinamakan kementerian. Di waktu itu terdapat beberapa jabatan yang terpenting ialah jabatan Mohor Kerajaan , Jabatan Cukai, Jabatan Hasil dan Jabatan Pertahanan. Perlantikan pegawai-pegawai berkenaan adalah dari keluarga Orang Arab, terutamanya dari keturunan Umayyah. Perlantikan itu adalah kuasa mutlak khalifah sendiri.


Bahasa Arab adalah ditetapkan sebagai bahasa rasmi dalam menjalankan pentadbiran jabatan-jabatan tersebut dan bahasa perantaraan bagi semua urusan negara. Perasmian bahasa arab ini adalah merupakan satu usaha yang bijak.kerana system berbagai bahasa itu merumitkan urusan negara terutama dalam perkara-perkara yang besar. Namun begitu bahasa –bahasa lain tidaklah pula diharamkan kerana ia merupakan alat perhubungan di kalangan masing-masing bangsa yang bernaung di bawah pemerintahan Islam.

Perkembangan Kebudayaan

 Dalam bidang pengetahuan kesenian, kesusteraan dan bahasa pula kerajaan Umayyahtelah melakukan perubahan baru sebagai satu zaman pertama berkembannya pendidikan dan pelajaran di kalangan seluruh umat Islam. Usaha ini bermula pada zaman Al-Walid kemudian disempurnakan di zaman Al-Walid kemudian disempurnakan di zaman Khalifah Abdul Aziz. Walaupun perkembangan secara menyeluruh berlaku pada zaman kerajaan Abbasiyah kemudiannya, tetapi asas perkembangan itu telah wujud pada zaman Kerajaan Umayyah yang diusahakan oleh  kedua-dua khalifah tersebut. Pada zaman inilah bermulanya Ilmu Tafeir dan Ilmu Hadis.

Pengajian Ilmu Nahu dan saraf diperluaskan lagi dengan susunan cara baharu. Hal ini dilakukan kerana bertambahnya bangsa-bangsa asing menganut agama Islam. Sistem tanda-tanda bunyi dalam tulisan seperti dhammah, kasrah, dan fathah telah diatur dengan sempurna dan lengkap sekali. Dalam bidang kesusteraan, khutbah dan syair merupakan saluran propaganda yang penting bagi pemerintah kerajaan Umayyah. Penyair-penyair diberi layanan yang istimewa untuk maksud itu.

Perlu disebut disini bahawa pusat perkembangan ilmu pengetahuan pada waktu ini adalah di masjid-masjid. Tidak ada sekolah-sekolah didirikan untuk tujuan tersebut melainkan pada waktu yang kemudian. Namun demikian ada beberapa tempat belajar apabila didapati perlu untuk diselenggarakan oleh guru-guru yang bukan Islam yang menjadikan usaha mengajar ini sebagai sara hidup mereka.

Kota madinah yang selama ini sibuk dengan masalah pentadbiran telah bertukar menjadi sibuk dengan masalah pendidikan.kerana di zaman pemerintahan Kerajaan Umayyah ini pusat pemerintahannya telah bertukar ke Damsyik dan Kota Madinah pula berubah bentuk menjadi pusat pendidikan dan pelajaran. Mekah dan Madinah terutamanya menumpukan perhatian pada pengajaran agama dan masjid-masjidnya merupakan tempat pengajian tersebut.

Kehancuran Kerajaan Umayyah
1.      Pemberontakan dalam negeri
Pada awal pemerintahan Yazid bin Abdul Malik beliau mentadbir negara dengan menjejak langkah Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Tetapi keadaan itu, telah bertukar dengan segera apabila beliau menyeleweng menjadi seorang peminum arak yang menghabiskan masanya dengan wanita-wanita yang cantik sahaja.
Satu daripada peristiwa-peristiwa yang penting berlaku pada zamannya ialah pemberontakan Yazid bin Al-Mahlab yang bertanggungjawab membuka wilayah Tabaristan di zaman Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar dia dipenjarakan kerana enggan menyerahkan harta rampasan pada masa penaklukannya di Tabaristan. Pada akhir zaman pemerintahan Khalifah Umar dia dapat melarikan diri dari penjara menuju Iraq, iaitu wilayah penting yang sentiasa menerima musuh-musuh  kerajaan Umayyah. Dia kemudiaanya tinggal di Basrah dan menyusun satu barisan tentera untuk menyerang Kota Damsyik. Apabila Khalifah Yazid mengetahui gerakan itu, beliau terus menghantar satu angkatan tentera di bawah pimpinan adiknya Maslamah. Maslamah telah berjaya menghancurkan pengikut-pengikut Yazid dan Yazid dendiri dapat dibunuh.
            Selain daripada itu, satu peristiwa yang berlaku pada pemerintahan Khalifah Hisyam bin Abdul Malik sebagai salah satu tanda kehancuran Kerajaan Umayyah, ialah timbulnya persengketaan asabiah antara orang arab Utara dengan orang Arab Selatan di Khurasan. Persengketaan ini merupakan satu pertolongan yang baik bagi gerakan orang Syiah untuk menentukan kemenangannya di kawasan itu. Di samping itu pegawai-pegawai di zaman pemerintahan Hisyam adalah kebanyakannya lemah-lemah belaka. Akibatnya timbulnya beberapa pemberontakan yang kecil di sekitar wilayah Islam. Hal ini berlaku kerana dasar perntadbiran kewangan Khalifah Hisyam terlalu berhati-hati menyebabkan  adanya rasuah di kalangan pegawai-pegawai.
            Pada zaman pemerintahan Al-Walid merupakan pemerintahan yang zalim kepada keluarga Hisyam dan orang-orang yang rapat dengan keluarga beliau. Mereka ini telah dipenjara dan dibunuh. Akibatnya berlaku perpecahan dan kekacauan di setiap daerah. Propaganda-propaganda Abbasiyyah telah mengadakan geraka-gerakan menentang dengan aktif sekali di seluruh negara. Kerana itu semua maka tidak berapa lama kemudian beliau pun dibunuh. Peristiwa tersebut berlaku dalam bulan Jamadil Akhir tahun 126H.
Pada zaman pemerintahan Yazid bin Al-Walid pula penuh dengan pemberontakan yang dilakukan oleh orang-orang Hims yang menuntut bela di atas kematian Al-Walid. Gerakan Penentangan Abbasiyah mendapat sambutan hangat dari rakyat jelata. Khurasan merupakan pusat gerakan untuk meruntuhkan kerajaan Umayyah di Damsyik. Pemberontakan juga berlaku dikalangan Bani Umayyah iaitu Marwan bin Muhammad pada zaman pemerintahan Khalifah Ibrahim. Satu pertempuran hebat di antara penyokong dari kedua belah pihak telah berlaku di Kota Damsyik. Marwan mendapat kemenangan dalam pertempuran ini. Akan tetapi, akhirnya setelah anggota pemberontakan itu telah dianggotai oleh semua golongn, termasuk Syiah dan keturunan Abbasi maka Khalifah Marwan kalah juga. Akirnya beliau telah dibunuh ketika berada di Fustat, Mesir pada 5 Ogos , tahun 750 Masehi.

Adanya Perbezaan Antara Orang Arab Dengan Bukan Arab
            Di dalam Islam tidak ada perbezaan taraf antara seorang Islam dengan seorang Islam yang lain selai daripada iman dan taqwanya. Tetapi apa yang berlaku di zaman ini adlah bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka mengutamakan orang Arab dalam semua perkara dan memandang rendah kepada golongan bukan Arab yang dikenali dengan nama Mawali. Akibat daripada itu, ramai golongan mawali merasakan diri mereka sebagai rakyat kelas kedua. Perasaan tidak puas hati ini lebih ketara apabila perlantikan pegawai-pegawai kerjaan diberikan kepada banga Arab tanpa menghitung kebolehan seseorang.
            Tujuan asal kerajaan Umayyah  bersikap demikian adalah untuk menjadikan seluruh penduduk negeri yang dikuasai oleh kerajaan Islam pada masa itu berbahasa Arab dan menjadikan semua kebuadayaan asing yang dibawa masuk disadurkan hingga menjadi kebudayaan Islam. Tetapi akhirnya timbul persaingan hebat antara orang Arab dengan orang Parsi. Mereka ini mempelajari bahasa Arab secara sungguh-sungguh dan berjaya. Mereka menuntu persamaan taraf antara orang Arab dengan orang yang tidak berketurunan arab.
            Pendokong fahaman ini akhirnya mendakwa bahawa orang Parsi lebih tinggi martabatnya daripada orang Arab, kerana mereka lebih bijak dam mahir dalam lapangan syarahan, ketenteraan, kesusteraan, ilmu pengetahuan, perdagangan dan pertanian. Malah orang Arab sendiri ramai yang tidak mahir menulis,dan mengira akan tetapi menerima jawatan tinggi dalam pentadbiran negara. Perasaan bangga dengan kebolehan itu mendorong mereka melawan kerajaan Bani Umayyah dan bergabung dengan Syiah, Khawarij, dan Abbasiyah. Gerakan ini mendapat sokongan daripada rakyat yang ingin kepada pemimpin yang cekap dan mempunyai caliber untuk menyatukan.

2.      Taksub kepada Kabilah
Fahaman berbangga dengan  keturunan sendiri adalah merupakan salah satu daripada sebab yang melemahkan kerajaan Bani Umayyah. Mulanya timbulnya fahaman ini adalah diantara puak Yaman dengann puak Mudhar. Dua kabilah yang masyhur dan terbesar di negeri Arab sejak zaman Jahiliyyah lagi. Puak Yaman pada zaman sebelum kedatangan Islam telah mencapai taraf tamadun yang tinggi dan berjaya membentuk pemerintahan yang teratur. Sebaliknya orang Mudhar kecuali golongan Quraisy hidup dalam keadaan mundur.
Pengaruh taksub kepada kabilah ini bermula setelah kematian Khalifah Yazid bin Muawiyah ( 680-683M), kemudian reda semula waktu pemerintahan Umar bin Abdul Aziz ( 717-720M). tetapi apabila tiba zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik ( 720-724M) pengaruh ini telah merebak dan meruncing sekali lagi. Waktu itu teraju pemerintahan diterajui oleh Arab Mudhar. Mereka ini kemudiannya melakukan penindasan kepada Arab Yaman. Keluarga Al-Muhallab bin Abu Sufian menjadi mangsa pertama dalam pertiakan ini, padahal kekuatan kerajaan Umayyah adalah terletak ditangan mereka sepertimana Kerajaan Abbasiyyah bergantung kepada kesekapan keluarga Al-Barmaki.
Kelemahan ini memudahkan golongan yang selama ini menentangnya melakukan gerakan secara terbuka, terutamanya golongan Bani Hasyim yang mempunyai kekuatan politik sejak zaman kelahiran Kerajaan Umayyah.